1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
2. Duit-maksimum RM 100 sahaja.
3. Memakai pakaian yang sopan-Baju berwarna Hitam/Merah- Sebaiknya ada logo Mansuhkan ISA
4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.
5. Aksesori kempen-Button, riben, topi, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Mansuhkan ISA boleh digunakan.
6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis N100 Respirator, N95 Respirator dan Surgical facemask untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_ elumalai@ yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.
PERKARA YANG TIDAK DIBENARKAN
1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
3. Jangan memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak sopan.
4. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal untuk memudahkan pergerakkan.
5. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.
6. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan kempen mansuhkan ISA
7. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.
8. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan Kempen Mansuhkan ISA tidak dibenarkan.
9. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
10. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.
11. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.
12. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.
13. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
14. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.
PERKARA YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEBELUM PERHIMPUNAN
1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.
2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
3. Pastikan anda telah menunaikan 'hajat' sebelum memasuki perhimpunan.
4. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.
5. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.
6. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.
7. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.
8. Jangan lupa charge bateri handphone dan kamera.
9. Pastikan anda berniat kerana Allah (bagi yang muslim) sebelum keluar rumah.
10. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan; Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara.
11. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.
12. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.
13. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian) .
14. Jangan memakai baju Mansuhkan ISA sebelum perhimpunan bermula.
SEMASA PERHIMPUNAN DAN PERARAKAN
1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan (Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara) dan tunggu arahan dari Field Commander yang dilantik.
2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau Field Commander sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada Field Commander.
3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan Field Commander.
4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
5. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.
6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.
7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.
9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.
10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
11. Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.
12. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi sound system akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
13. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.
14. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.
15. Rakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_ elumalai@ yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.
16. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.
SELEPAS PERHIMPUNAN
1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.
2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila datang ke Pejabat Agung PAS untuk membuat laporan dengan Unit Amal bertugas.
3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik. Dapatkan maklumat di Pejabat Agung PAS atau ke Balai Polis berkaitan untuk bebaskan mereka.
4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.
5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.
6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha GMI-enalini_ elumalai@ yahoo.com.
APA ANDA PERLU BUAT JIKA KUMPULAN PRO-ISA BUAT PROVOKASI
1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan Field Commander Unit Amal.
2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.
3. Jangan hampiri mereka.
4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.
5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.
6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.
APA ANDA PERLU BUAT JIKA POLIS BUAT PROVOKASI DAN SERBUAN
1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.
2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.
3. Duduk jika pimpinan arahkan.
4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air water canon berwarna kuning.
5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.
6. Ambil gambar mereka jika sempat.
7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.
APA YANG ANDA PERLU BUAT JIKA DITAHAN
1. Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.
2. Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.
3. Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).
4. Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.
5. Anda mempunyai hak untuk berdiam diri dan sebarang soalan daripada polis anda boleh beritahu bahawa ”saya akan jawab di Mahkamah”
6. Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab ”Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
7. Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.
8. Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab "saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja". Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.
9. Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.
10. Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.
11. Jangan terlalu risau kerana, diluar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.
APA YANG ANDA BUAT SELEPAS DIBEBASKAN
1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.
2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.
3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.
6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
8. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.
9. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.
10. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.
PERHATIAN !
1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.
2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.
3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.
4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini
Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada Field Commander atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini.
Friday, July 31, 2009
PERKARA YANG PERLU ANDA BAWA/SEDIAKAN
perkongsian kisah kezaliman akta ISA...
Jumaat 31 Julai 2009 | 8 Sha'ban 1430 Hijrah
Oleh: Norlaila Othman (JIM KL)
"PUAN Laila, sepupu saya juga pernah ditahan di bawah ISA. Kasihan pada anak isterinya ...," kata Puan J dalam nada suara yang amat perlahan, separuh sebak, air mukanya kelihatan keruh.
Dalam siri jelajah perkongsian mangsa ISA, saya berkesempatan bertemu wanita-wanita yang tinggal di pedalaman Kedah, Johor dan Pahang. Rupa-rupanya ramai lagi rakyat Malaysia yang pernah ditahan di bawah ISA, tetapi penahanan itu tidak direkodkan kerana pelbagai sebab antaranya, tahanan tidak mahu menghebohkan penahanan itu, mungkin kerana mematuhi arahan pegawai penyiasat cawangan khas dan mungkin juga rasa malu kerana ditahan di bawah ISA yang amat ditakuti oleh rakyat Malaysia.
Bicarakanlah dia ...
"Kenapa saya tidak pernah jemu memberitahu supaya Abah Suhaib dibicarakan? Kerana saya mahu ada pendakwaan oleh pendakwa raya, bukti-bukti dikeluarkan selari dengan tuduhan dan akhirnya, hakim yang membuat keputusan di mahkamah itu. Jika hakim menyatakan beliau tidak bersalah, nama baik beliau dapat dibersihkan.
"Namun jika beliau bersalah dan terpaksa menjalani hukuman, sekurang-kurannya saya tahu tarikh akhir pemenjaraannya dan beliau sendiri tahu tarikh tetap untuk keluar daripada kehidupan sebagai seorang banduan," kataku kepada semua yang hadir ke sesi perkongsian itu.
Semua tahanan ISA dinafikan proses mahkamah dan mereka tidak pernah mengetahui tarikh akhir berada di Kem Kamunting. Kehidupan mereka berada dalam keadaan tidak pasti sepanjang masa.
Bezanya ISA dengan akta lain ialah, dalam ISA seseorang pesalah itu tidak dibenarkan mendapatkan peguam untuk mewakili dirinya, tiada pendakwaan oleh pendakwa raya, tahanan tidak boleh diikat jamin, tiada bukti yang dikeluarkan selari dengan tuduhan, tiada proses perbicaraan, tiada hakim dan tiada mahkamah yang menjadi tempat segala proses perbicaraan.
Peguam bela, pendakwa raya, bukti-bukti, hakim dan mahkamah semuanya berada di tangan Menteri Dalam Negeri yang kuasanya terlalu besar. Menteri ini pula biasanya tidak tahu apa-apa mengenai mangsa ISA. Menteri Dalam Negeri bebas menjatuhkan hukuman melanjutkan penahanan setelah mendapat laporan daripada polis cawangan khas (Special Branch).
Wanita adalah mangsa utama ISA
"ISA sebenarnya bukan saja akta zalim tetapi juga akta yang menindas golongan wanita kerana mereka (isteri)lah yang akan menerima kesannya ketika suami tiada di rumah.
Perasaan isteri amat tertekan dengan penahanan suami, namun terpaksa juga keluar mencari nafkah untuk menyara anak-anak dan meladeni mereka yang pastinya akan bertanya setiap hari, bilakah ayah mereka akan pulang ke rumah.
"Selain menjalankan kewajipan menguruskan anak-anak, wanita malang ini juga terpaksa bersusah payah membawa anak-anak bermusafir beratus-ratus kilometer dari tempat tinggal mereka ke Kem Kamunting.
"Di Kem Kamunting, mereka kemudian terpaksa melalui pemeriksaan di tiga pintu utama dan berpuas hati dengan pertemuan selama 45 minit ...," kata saya lagi.
Tiada siapa yang akan menyangkal dakwaan ini, hatta Menteri Dalam Negeri sekalipun kerana saya sudah mengalaminya lebih tujuh tahun ... dan hingga saat ini, saya masih didiskriminasikan dalam setiap perjumpaan.
Dari tahun 2002 hingga kini, saya dan Suhaib hanya dapat bertemu Mat Sah @ Abah Suhaib selama 45 minit saja. Walaupun beliau, iaitu Abah Suhaib telah ditahan lebih tujuh tahun, tiada sebarang tanda simpati pihak kem kepada kami berdua.
Sewaktu tahanan Hindraf belum dibebaskan, mereka berpeluang bertemu di tempat terbuka antara sejam setengah hinggalah dua jam. Mereka boleh bersalam, bersentuhan dan boleh makan bersama.
Begitu juga dengan tahanan ISA yang dituduh sebagai ahli 'Jemaah Islamiyyah' (JI) yang ditahan selama dua tahun di kem, mereka dan isteri serta anak-anak dapat bertemu di tempat terbuka selama sejam setengah, suami dapat bersalam dengan isteri dan anak-anak serta berpeluang makan bersama.
Tetapi aku dan Suhaib, walaupun status kami dengan tahanan JI lain serta Hindraf adalah sama iaitu sebagai tahanan ISA, kami tetap dianak-tirikan oleh pengurusan kem yang sering berselindung di sebalik kata-kata, "kami hanya mengikut arahan orang atas".
Derita tujuh tahun ...
"Jika puan mahu suami segera dibebaskan, tulislah surat pada Tuan Ayub dengan segera. Tuan Ayub adalah pegawai tertinggi SB yang menjaga semua tahanan ISA. Puan tulislah surat dan merayu pada Tuan Ayub bahawa puan dan suami memang benar-benar bersalah dan mohon dimaafkan segala kesalahan itu.
"Dengan permohonan maaf tersebut, rasanya hati Tuan Ayub akan lembut dan akan segera memberi cadangan supaya Mat Sah dibebaskan," kata seorang SB kepada saya.
"Saya mohon maaf dan mengaku bersalah? Apa yang telah saya lakukan? Orang yang ditahan di bawah ISA ialah suami, kenapa saya pula yang kena mohon maaf bagi pehak dia?" saya bertanya semula pada SB tersebut.
Abah Suhaib ditahan lebih tujuh tahun, tidak pernah dibicarakan dan kini, untuk melihat dia bebas, saya pula yang terpaksa menulis surat memohon maaf. Tujuh tahun Suhaib membesar tanpa bapa.
Tujuh tahun kami berdua terpaksa menerima herdikan pihak tertentu yang tidak memahami ISA. Tujuh tahun Suhaib membesar tanpa sebarang nafkah, kasih sayang, bimbingan dan perhatian daripada bapanya.
Sepanjang tujuh tahun itu, apabila mata Abah Suhaib rabun, sayalah yang terpaksa mengeluarkan duit untuk membeli cermin mata baru.
Ketika lutut beliau terseliuh ketika bermain, saya juga yang terpaksa membelikan 'braces' yang agak mahal untuk digunakan di lutut yang cedera itu.
Apabila gigi beliau rosak dan perlu dibuang, saya juga terpaksa mengeluarkan wang untuk membeli gigi palsu.
Dan setiap bulan, saya juga terpaksa memberi wang poket supaya beliau berpeluang untuk membeli makanan selain daripada yang disediakan oleh Kemta seperti biskut kering, gula-gula dan kacang. Abah Suhaib juga punya keinginan untuk membaca majalah dan buku-buku dari luar. Sayalah juga yang menyediakan segala keperluan itu.
Ketika ditahan di bawah ISA pada tahun 2002 dulu, beliau dikatakan bersalah kerana menjadi ahli JI, dan kini, setelah tujuh tahun, saya pula yang terpaksa menulis surat mohon maaf kepada SB sekiranya saya ingin melihat beliau kembali ke pangkuan keluarga.
Saya terpinggir
"Nama saya Suhaib. Kini saya berusia 16 tahun. Hampir separuh usia saya membesar tanpa abah walaupun beliau masih hidup. Saya membesar bertemankan pertemuan selama satu jam setengah dalam sebulan. Saya sekadar mengikuti nasihat dan kata-kata beliau melalui surat-surat kiriman beliau.
"Jika terlalu rindu padanya, saya akan pakai baju dan guna kain pelikat milik abah. Saya letak gambar Abah di dompet duit. Sejak berusia 9 tahun, saya tidak pernah solat dan baca Quran bersama Abah. Saya tidak mengharapkan duit belanja atau keluar membeli belah kerana memahami semua itu tidak mungkin dapat dilakukan bersama.
"Namun, satu perkara yang amat memedihkan ialah apabila saya melihat Abah di sebalik cermin kaca. Ketika itu, saya teringat binatang di zoo yang diletakkan di dalam kotak kaca. Setiap kali melawat Abah, saya hanya berpeluang bercakap melalui interkom dan duduk di sebalik kaca.
"Saya hanya dapat melihat wajah Abah, tetapi tidak dapat menyentuhnya ... hatiku memang pedih yang teramat sangat. Walaupun sudah tujuh tahun saya dipisahkan daripada Abah, tiada sebarang tanda beliau akan dibebaskan.
"Walaupun ada dua pembebasan beramai-ramai yang mendapat tempat di media dan akhbar, namun Abahku masih dinafikan pembebasannya. Saya yakin Allah sedang menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk Abah kerana dia terus menerus dizalimi.
"Perpisahan dengan Abah benar-benar membuat saya rasa terpinggir. Saya juga ingin meneruskan kehidupan sama seperti orang lain yang punya keluarga yang lengkap. Saya tetap berdoa supaya Abah segera dibebaskan ..."
Saya benar-benar tersentak dengan testimoni Suhaib yang ingin diluahkan di hadapan Vijay, salah seorang wartawan Malaysiakini. Suhaib kelihatan tenang dan bersahaja namun tidak disangka, luahan hati beliau amat pilu untuk dibaca ...
Ikutilah jalan Allah
Allah mencipta kita sebagai insan yang bebas dan merdeka. Allah telah menurunkan al-Quran dan mengutus rasul serta nabi untuk dijadikan contoh supaya menjalani kehidupan yang sempurna. Allah telah menggariskan supaya manusia menjadikan keadilan sebagai neraca hidup dan mengelakkan menzalimi sesama manusia.
Tetapi ... kenapa mesti ada peraturan buatan manusia yang menafikan hak dan kebebasan manusia lain sampai begitu rupa? Lupakah kita pada satu ayat 113 dalam Surah Huud yang bermaksud: "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim ..."
Ingatlah pada ayat 58 dari Surah An-Nisa yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan menyuruh kamu apabila menetapkan hukum sesama manusia agar menetapkan dengan adil ..."
Allah menyediakan syurga dan neraka sebagai hadiah dan pembalasan kepada makhluk ciptaan-Nya, namun sebelum seseorang itu dihantar ke syurga atau neraka, semua makhluk akan melalui proses perbicaraan di padang Mahsyar.
Allah Maha Besar, Maha Kuasa, Maha Pencipta, Maha Mengetahui, menyediakan 'trial' atau perbicaraan ke atas semua makhluknya di akhirat nanti. Kenapa ISA , akta tahan tanpa bicara masih dihalalkan? Siapakah yang menjadi ikutan? Allah ataupun syaitan?
Kepada semua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan bencikan kezaliman, marilah sama-sama serlahkan perasaan itu dengan menghadiri himpunan aman MANSUH pada 1 ogos nanti.
Pada sesiapa yang tidak dapat menghadiri kerana ada sebab-sebab peribadi, cubalah juga luahkan dalam bentuk lain seperti mengibarkan bendera separuh tiang, berpakaian hitam ketika keluar rumah dan sebagainya.
MANSUHKAN ISA, BEBASKAN TAHANAN ISA dan TUTUP KEM KAMUNTING!

Friday, January 25, 2008
Arus tajdid: kebangkitan Dunia Islam
Dunia kita hari ini menyaksikan percambahan insan yang mempunyai semangat serta kesedaran Islam yang membawa kepada keinginan untuk mengemban juga menebarkan risalah dakwah ini kepada umat manusia seluruhnya. Sebahagian individu-individu ini ada yang memilih untuk membentuk ataupun menyertai mana-mana kelompok atau gerakan dakwah yang sedia ada. Namun ada juga di kalangan mereka ini memilih untuk berjuang secara sendirian ataupun tidak terikat dengan mana-mana organisasi dakwah lantaran merasakan mereka lebih bersesuaian memberikan yang terbaik dalam keadaan sedemikian. Apapun, kita menghargai segala bentuk sumbangan yang diberikan terhadap Islam tanpa mengira apa bentuk gerak kerja dakwah yang mereka lakukan, selagimana ianya masih berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah yang sahih.
“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (menegakkan agama) Allah, nescaya Allah menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu.†(Surah Muhammad, 47:7).
Malangnya, dalam keadaan semangat Islam yang bergejolak dalam diri mereka untuk meninggikan kalimah Allah, seringkali ada yang tersasar atau terbabas dari landasan al-Quran dan al-Sunnah. Seringkali ada yang bersikap melampaui batas (Ifrat) dan juga cuai (Tafrit) dalam melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Keterbabasan ini disebabkan kurangnya ilmu serta kefahaman yang benar terhadap Islam, sikap bermalas-malasan, kesombongan, fanatik dan menjadi blind follower terhadap sesuatu pegangan.
(Lihat: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Membela Islam Tanggungjawab & Disiplin, Terbitan Karya Bestari, rujuk buku ini untuk perbahasan yang lebih lanjut)
Metodologi Dakwah: Keseimbangan antara Elemen (Tashfiyyah) Pemurnian & (Tarbiyyah)Pembinaan
Islam merupakan suatu agama yang bersifat pertengahan (wasotiyyah) dalam segenap segi. Termasuk juga dalam hal ini adalah etika dalam melaksanakan amar makruf nahi mungkar ataupun dakwah. Konsep/ metodologi dakwah dalam Islam memerlukan 2 elemen penting iaitu tashfiyyah (pemurnian) dan tarbiyyah (pembinaan/pendidik an) berjalan serentak. Inilah yang telah dicontohkan baginda Nabi SAW dalam menggerakkan kerja dakwah, seperti yang diserukan oleh al-Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani r.h:
“Menjadi tugas kita hari ini untuk merealisasikan 2 hal yang saya namai dengan Tashfiyyah (pemurnian) dan Tabiyyah (pendidikan/ pembinaan) . Kami mengajak para da’i islam untuk mengatasi perselisihan yang terjadi antara mereka di dalam manhaj (cara beragama) dan prakteknya berlandaskan 2 hal tersebut...
Maksud dari Tashfiyyah adalah: Kita murnikan Islam dari segala sesuatu yang masuk dan merosakkan islam, yang jumlahnya terlalu banyak untuk disebut. Dan ini membutuhkan kerja keras dari para ahli ilmu (untuk memurnikannya kembali).
…yang selanjutnya diteruskan dengan pokok kedua iaitu Tarbiyyah.â€
(Lihat: Muhammad Nashiruddin al-Albani, Fatawa al-Madinah al-Munawwarah, Edisi terjemahan Fatwa2 Syaikh Nashiruddin al Albani, terbitan Media Hidayah, m/s 119-121)
“…memfokuskan pada 2 point mendasar yang merupakan kaedah perubahan yang benar. Keduanya adalah tashfiyyah (pemurnian) dan tarbiyyah (pembinaan), kedua hal ini mesti berjalan bersama-sama sekaligus…
…memperbaiki aqidah, Ibadah, akhlak dan muamalah…
…serta kita harus mendidik orang-orang di sekitar kita dengan tarbiyyah yang benar dan lurus…
Oleh kerana itu, wajib atas kita untuk mengajak kaum muslimin kepada da’wah, untuk memahamkan mereka kepada Islam yang benar dan mendidik mereka dengan tarbiyyah yang benar.â€
(Lihat: Muhammad Nashiruddin al-Albani, al-Tauhid Awwalan Ya Du’atul Islam, Edisi terjemahan Tauhid Prioritas Utama dan Pertama, tebitan Darul Haq, m/s 41-45)
Penumpuan secara berlebihan sehingga mengabaikan salah satu dari kedua elemen tersebut bakal menyebabkan kerja dakwah serta wajah Islam ini menjadi cacat. Bahkan di suatu sudut, ia boleh menyebabkan timbulnya fitnah terhadap Islam dan menjadikan masyarakat menjauhi Islam. Banyak kes berlaku dalam hal ini yang menjejaskan perkembangan Islam yang tulen di kalangan masyarakat.
(Lihat: Syaikh Hasan Ali al-Halabi, Tashfiyyah dan Tarbiyyah: Upaya Meraih Kejayaan Umat, Edisi terjemahan terbitan Pustaka Imam Bukhari, Solo, 2002 untuk perbahasan yang lebih lanjut)
Keterbabasan: Antara Ifrat (melampau) atau Tafrit (cuai)
Malangnya, ramai yang bersikap tidak seimbang dalam melaksanakan kedua-dua elemen dakwah ini. Lihat sajalah, ada individu yang mengaku diri mereka sebagai pengikut dan pengamal sunnah (ataupun lebih ‘dikenali’ masyarakat sebagai Salafi) begitu sibuk menumpukan usaha kepada pembasmian bid’ah dan penegakkan sunnah dalam ibadah khususiah, namun dalam masa yang sama mereka bersikap dan bertindak jauh dari realiti serta rangkuman maksud sebenar sunnah yang luas. Mereka seolah-olah menggambarkan Islam ini sebagai sebuah agama yang sempit atau ritual, yang hanya semata-mata melibatkan sunnah dalam ibadah khususiah, sedangkan Islam itu sifatnya luas lagi sempurna, merangkumi akidah yang benar, pemikiran yang bernas, tindakan yang bersifat profesional, akhlak yang mulia, dan lain-lain. Inilah gambaran Islam dalam erti kata sebenar.
Ada begitu bertegas dan lantang dalam mengatakan ‘ini bid’ah itu bid’ah’ (melibatkan ibadah khususiah), ‘sunnah begini bukan begitu’, namun pada masa yang sama mereka tidak sunnah dalam mendidik diri dan orang terdekat. Mereka hanya menumpukan kepada agenda memberiTAHU (tashfiyyah) akan hukum-hakam, sehingga mengabaikan sunnah untuk mentarbiyyah diri mereka sendiri serta targeted mad’u mereka (yakni mencetuskan bukan setakat tahu, tetapi juga rasa MAHU beramal soleh, MAHU dan MAMPU berdakwah). Sebagai contoh, ada yang anak perempuannya berpakaian tidak menutup aurat, ada yang menghisap rokok, ada yang mengabaikan keselamatan ketika memandu (ex: tak memakai seat belt), ada yang malas dalam mengulangkaji subjek sains yang diambilnya, ada yang meninggalkan atau berat kaki untuk solat berjamaah, ada yang malas bangun bersolat berjemaah subuh di surau, ada yang teruk bacaan al-Qurannya lantaran jarang menyentuh kitab panduan kehidupan di dunia dan di akhirat tersebut apatah lagi membacanya, ada yang mendengar muzik-muzik mengarut (mengkritik nasyid Malaysia sebagai tidak islamik, tapi pada masa yang sama mendengar muzik artis barat yang mengarut), ada menghabiskan berjam-jam bermain video game, ada penyepah orangnya, ada yang tidak bersikap profesional dalam urusan niaga, ada yang keras membatu hatinya, ada yang seribu macam ragamnya lagi.
Sikap-sikap sebeginilah yang ditegur para tokoh dan ilmuwan Islam seperti Hafiz Firdaus Abdullah, Dr. Mohd Asri, bahkan tokoh Salafi yang seringkali dilaung-laungkan abad ini, yang sering dijadikan rujukan, al-Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani:
“Dan sekarang ini saya melihat sebuah masalah besar yang sedang melanda sebahagian salafiyyun yang telah Allah berikan nikmat berupa petunjuk ke jalanNya yang lurus, iaitu mengikuti al Kitab dan al Sunnah, mereka (di berbagai negeri Islam) kebanyakan lebih mementingkan masalah tashfiyyah (pemurnian) daripada tarbiyyah (pembinaan). Dan ini berakibat dari penyimpangan- penyimpangan akhlak dalam bermuamalah. ...Dan harus diakui bahawa ini adalah satu kekurangan (yang harus diperbaiki).
…sayang sekali apabila masalah yang sangat besar ini kita abaikan, sementara kita sibuk membenarkan/ meluruskan masalah-masalah hukum saja dan membiarkan kaum muslimin berada dalam kesesatan yang nyata.â€
(Lihat: Muhammad Nashiruddin al-Albani, Fatawa al-Madinah al-Munawwarah, Edisi terjemahan Fatwa2 Syaikh Nashiruddin al Albani terbitan Media Hidayah, m/s 121)
“Satu arus mutakhir yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa jua yang bersikap jujur terhadapnya dirinya adalah arus kesungguhan umat Islam untuk mempelajari dan mempratikkan sunnah Rasulullah SAW…terdapat satu bab daripada sunnah Rasulullah SAW yang tertinggal, atau sekurang-kurangnya jarang diberi perhatian…†(Lihat: Hafiz Firdaus Abdullah, Himpunan Risalah Beberapa Persoalan Ummah Buku 5, terbitan Jahabersa, m/s 153-154. Beliau ada memberikan contoh-contoh lain selain yang saya sebutkan di atas, jadi sila lihat rujukan yang diberikan).
Di suatu kelompok yang lain pula, ada yang mengaku diri mereka sebagai ‘cabang/wakil serta mendapat tarbiyyah berkonsepkan ikhwan’, tetapi melupakan agenda tashfiyyah (purification) dalam dakwah mereka. Ada yang memulakan dakwah mereka dengan mengenalkan mad’u mereka kepada kepentingan beramal-jamaie, kepentingan berdakwah, kepentingan menjaga hati, kepentingan berusrah dan berteori menyampai tentang Islam tanpa merujuk pemahaman dari salaf al-soleh. Skop dakwah mereka hanya tertumpu pada agenda menarik orang untuk bersama-sama menyertai kelompok mereka. Mereka hanya tahu berteorika tentang ‘menyebarkan risalah Islam’, sedangkan akidah dan ibadah mereka belum lagi benar-benar islam.
Dalam proses menyampaikan ilmu, ramai yang melupakan untuk mengkaji subjek yang akan disampaikannya. Ada yang menganggap dirinya mampu menafsir al-Quran tanpa perlu merujuk kepada kitab-kitab tafsir, mampu memahami hadis-hadis Rasulullah tanpa perlu merujuk kepada kitab-kitab syarah dan mampu membuat hukum tanpa perlu merujuk kepada kitab-kitab fiqh. Semua ini adalah sikap yang akan menyebabkan seseorang itu melakukan banyak kesilapan dalam usahanya untuk memahami agama Islam.
Jika dilihat, buku-buku yang dibaca atau dibeli mereka hanya terbatas pada yang bersifat tazkiyyatun nafs, fiqh al-dakwah, harakah islamiyyah, manhaj tarbiyyah, usrah/halaqoh, fiqh daulah dan seumpamanya (Tidak pernah wujud pun minat dan keinginan untuk membeli buku-buku seperti Sifat Shalat Nabi SAW karya albani, Fiqh Thaharah karya al-Qaradhawi, Aqidah Ash-Shahihah karya Ibn Baz dan seumpamanya) . Mereka terlupa yang Islam juga adanya akidah dan ibadah yang sahih (benar).
Lantas janganlah hairan jika anda melihat ada yang mengaku sebagai ‘pejuang Islam’ tetapi begitu pantas menyebarkan fitnah dan khabar berita tanpa ada unsur periksa (Lihat Surah 49:6), ada yang sebegitu pantas dalam menjawab kemusykilan mad’unya atau tergelinicir dalam berfatwa, akidahnya tidak benar (Lihat: Abd Aziz B As-Sayyid A’id Nada, Syarah Aqidah Ash-Shahihah, Edisi tejemahan oleh Pustaka As-Sunnah sebagai kajian), ada yang ibadah khususiahnya bukan saja tidak benar, bahkan tidak termasuk dalam ruang lingkup khilaf yang diiktiraf oleh Islam (Lihat: Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Membela Islam: Tanggungjawab & Disipilin, tebitan Karya Bestari, m/s 75), ada yang menggunakan sumber-sumber yang palsu atau tidak diketahui kebenarannya, ada yang fanatik dan menjadi blind follower, ada yang sebegitu pantas untuk menjadi pengulas pada sesuatu isu, dan ada yang menjadikan jamaah sendiri sebagai agama.
“Hizbiyyah ini menjadikan seseorang taksub kepada jamaah sehingga tidak mahu menilai sesuatu keputusan yang dikeluarkan jemaahnya, betul atau salah dengan nas-nas agama. Hanya berdasarkan falsafah ‘keputusan jemaah’ atau ‘keputusan syura’, sekalipun menyanggahi nas. Inilah sikap hizbiyyah atau ‘asabiyyah yang tercela.â€
“Sikap ini yang menyelewengkan banyak pihak dari berdakwah kepada inti al-Quran dan al-Sunnah, bertukar menjadi dakwah menyertai jemaah….sukar menerima amal Islami yang tidak berada di bawah arahan jemaahnya.â€
“…menjadikan sebahagian manusia lebih mementingkan label dan jenama kumpulan lebih dari isi kandungan seruan Islam yang dibawa. Tahap ukhuwwah diukur dengan jenama berkenaan, apabila berbeza jemaah, maka berbezalah tahap ukhuwwah…â€
(Lihat; Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Arus Tajdid; Fikrah Merentasi Jamaah, Tebitan Karya Bestari, m/s 12-17)
Aktiviti hanya dibataskan kepada sesuatu yang yang berkaitan jamaah. Seseorang ahli tidak akan menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh jamaah lain sekalipun dia memiliki kelapangan. Ahli jamaah telah melalui satu proses tarbiyyah (pendidikan) sehingga berkeyakinan segala yang dibawa jamaahnya dalah yang terbaik tanpa perlu dipertikaikan lagi. Larangan dikeluarkan untuk tidak menghadiri kuliah-kuliah agama yang disampaikan penceramah yang tidak berasal dari jamaah yang sama. Keinginan untuk belajar tentang menjadi kursus-kursus (tamrin) tentang jamaah, menghafal silibus jamaah, dibasuh untuk tetap setia kepada jamaah (wala! Wala!) dan diterapkan keyakinan untuk mengunggulkan jamaah sendiri ke atas jamaah-jamaah lain.
(Lihat: Hafiz Firdaus Abdullah, Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah Buku 5, Tebitan Jahabersa, m/s 118-135 untuk rujukan lanjut)
Islam Agama Logik? : Jauhi Persangkaan (Agak-Agak)
“ Ala , fikir logik aje, Pendidikan Islam kan macam tu. Apa-apa yang nampak baik dan positif itulah Islam. Senang jelah.â€
Pastinya anda pernah mendengar kata-kata sebegini semasa berada di bangku sekolah menengah. Sebahagian dari kita membawa pemahaman sebegini sehingga dewasa dan beranak cucu. Jika dianalisis, ungkapan sebegini yang menjadikan persangkaan sebagai teras pemahamannya, ternyata ia satu amalan dan pemahaman yang dibenci Islam.
“Persangkaan itu sedikit pun tidak bermanfaat bagi kebenaran.†(Surah An-Najm, 53:28)
“Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah untuk menyesatkan manusia dengan tidak berdasarkan ilmu pengetahuan? Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk lepada kaum yang zalim.†(Surah al-An’am, 6:144)
“…dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan sesuatu terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak ketahui.†(Surah al-‘Araf, 7:33)
“Jauhilah olehmu sekalian persangkaan, kerana persangkaan itu adalah perkataan yang paling dusta.†(HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Ramai daripada kita cuba berlagak menjadi mufti tatkala diajukan sesuatu persoalan. Ramai daripada kita yang cuba berlagak menjadi penganalisis Islam tatkala mengulas sesuatu isu. Ada yang hanya berbekalkan ‘pengalaman menyertai usrah/halaqoh’ dan pembacaan yang sedikit sudah mempunyai keberanian untuk ‘menempah tiket ke neraka’ padahal jawapan yang diberikan hanya dibina berdasarkan ‘agak-kan’ dan ‘sangkaan’ semata. “Ini haram, itu haramâ€, “Ana rasa begini jawapannyaâ€, “Islam ajar kita begini, bukan begituâ€, “Puak tu ‘wahabi’ †dan lain-lain. Inilah kalimah-kalimah yang seringkali diucapkan. Jika diminta dalil atau rujukan yang tsabit nescaya mereka tidak mampu mengeluarkannya.
“Sesiapa yang berfatwa tanpa dasar ilmu, maka dosanya ditanggung oleh orang berfatwa itu.†(HR. Ahmad dan Ibn Majah)
(Lihat: Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fatwa: Antara Ketelitian dan Kecerobohan, Terbitan Thinker’s Library, m/ 13)
“…di mana orang yang tidak berilmu berani memberikan fatwa, dengan modal kejahilan dan keberanian semata-mata, pengalaman yang sedikit dan pengetahuan yang dangkal…Pengetahuannya tentang al-Quran dan al-Sunnah dan ilmu-ilmu ulama salaf sangat cetek dan dangkal.. ?â€
(Lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, ‘Ilamul Muwaqq’in, Edisi Terjemahan Panduan Hukum Islam tebitan Darul Fajr)
Maka lihatlah berapa banyaknya tercetusnya permusuhan, kesesatan, dan salah faham hasil dari krisis hilangnya ‘kegementaran’ untuk berfatwa. ‘Isu bin Abdullah’ (untuk mendapat maklumat yang tepat dalam isu ini rujuk drmaza.com), “para sahabat buat amal sedikit dah masuk syurga, jadi kita bolehlah kita bermalas-malasanâ€, rambut terjurai ke dahi ketika sujud tidak sah solat (Lihat: Imam al-Syaukani, Nail al-Authar, Edisi terjemahan terbitan Victorie Agencies. Juga lihat: Muhammad Nashiruddin al-Albani, Sifat Solat Nabi SAW, Edisi terjemahan terbitan Media Hidayah, m/s 175), orang yang tiada anak tidak boleh/ tak betul dari segi bahasa sekiranya menggunakan kunyah (nama gelaran); sedangkan Nabi SAW memanggil adik pada Anas B Malik sebagai ‘Abu Umair’ (Rujuk: Dr. Mohd Asri Zainul VCD Rakaman Kuliah ‘Menjadi Perempuan Solehah’, Terbitan DakwahNiaga) , bila non-muslim beri salam orang Islam kena jawab “’alaika sam†yakni Racun/Kematian ke atas kamu dan lain-lain.
Faqih (Faham) tapi Tawadhuk (Rendah Diri)
Seorang pendakwah haruslah lebih extra amal solehnya, haruslah benar kefahamannya, bersih akidahnya, haruslah profesional tindakannya, juga tidak membataskan ilmu hanya kepada satu-satu aspek sahaja. Ingatlah pesan al-Imam al-Syafie:
“Jadi faqih atau sufi, jangan ambil satu-satu! Hati-hati ku pesan, jangan jadi begitu…yang ini keras, hatinya tak pernah mengenyam taqwa, yang ini jahil, apa mungkin jahil boleh lurus suatu perkara? â€
Para pendokong gerakan tajdid hendaklah mewarisi tugas Rasulullah s.a.w ini dan melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Namun, mereka harus sedar bahawa pembersihan jiwa ini takkan terlaksana tanpa tashfiyyah. Ilmu juga takkan wujud dengan sempurna tanpa tarbiyyah. Oleh itu, tashfiyyah dan tarbiyyah merupakan 2 perkara yang saling berkait rapat antara satu sama lain serta tidak boleh dipisahkan bagi setiap pendokong gerakan tajdid.
(Lihat: Mohd Yaakub Mohd Yunus, 25 Persoalan Semasa; Huraian dan Penyelasaian, Terbitan Jahabersa, m/s 229)
Wallahu Ta’ala a’lam,
Ibn Mustoffa Dzul Riyhayn
Undergraduate Student,
B.App.Sc in Biology (Agrobiology)
University Science of Malaysia.

artis masa kini.....dakyah dari barat
Gaya artis jadi ikutan generasi muda> > > > > > > INDUSTRI> hiburan tanah air dikejutkan dengan kejadian yang membuka mata banyak> pihak ekoran artis Faizal Tahir, menanggalkan baju sehingga mendedahkan> badannya yang disembur cat merah ketika siaran langsung konsert yang> disiarkan di 8TV, 13 Januari lalu. Kejadian itu mendapat perhatian> serius Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).> > > Tindakan di luar dugaan Faizal itu mengundang tindakan keras daripada pelbagai pihak. > > > SKMM mengeluarkan kenyataan rasmi yang melarang 8TV membuat> siaran langsung atau tertunda bagi konsert dan semua rancangan hiburan> untuk tempoh tiga bulan, bermula 15 Januari lalu. > > > > > > > > Kenyataan yang dikeluarkan SKMM itu turut> menyebut sebarang permohonan siaran langsung dan tertunda oleh stesen> televisyen lain yang mahu menampilkan Faizal tidak dibenarkan dalam> tempoh ditetapkan.> > > Pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil serius perkara> itu daripada terus berulang dengan memperkenalkan satu garis panduan> etika pemakaian dan etika persembahan artis di negara ini.> > > Bila timbul isu hangat, baru kita sibuk bincangkan tetapi> selama ini kita terlepas pandang, mungkin bagaimana pula dengan gaya> pemakaian sebahagian artis wanita kita yang hampir mengalahkan artis> Barat.> > > > > > Dengan kejadian terbaru itu, tidak salah jika kita jadikan ia titik> permulaan kepada kementerian dan pihak bertanggungjawab untuk mengambil> berat mengenai isu itu. > > > > > > > > Tambahan pula, jika kita sandarkan kepada keadaan di negara> ini, majoriti remaja dan belia menjadikan artis sebagai idola mereka. > > Jika tidak ada satu mekanisme penyeragaman etika pemakaian> yang bersopan, mereka akan turut mengikuti contoh yang tidak baik ini> dalam kehidupan mereka.> > > Kita boleh mengambil contoh ramai artis dan personaliti> tempatan yang memang boleh dijadikan contoh dari segi etika pemakaian,> seperti Mawi, Wardina, Waheeda dan Bienda yang jelas dikagumi dan> menjadikan mereka lebih laris dalam dunia seni hiburan.> > > > > > > > Kita perlu berfikiran terbuka dan tidak menafikan lagi bahawa gejala> sosial yang semakin kritikal di negara kita ini kebanyakannya bermula> daripada gaya pemakaian tidak bersopan.> > > Ekoran itu, kita perlu bertanggungjawab untuk memastikan kita> dapat mengawal diri di samping menjaga nama baik negara dengan> kehadiran pelancong dan pelabur dari luar negara yang memang mempunyai> tanggapan yang positif terhadap negara kita.> > > Selain itu, saranan kepada kerajaan, badan bukan kerajaan> juga sepatutnya turun padang untuk bersama-sama masyarakat berkempen> contohnya, 'Kempen Menutup Aurat dan Berpakaian Sopan', 'Kempen> Mahasiswa Bijak, Menjaga Aurat' dengan pembawaan kita selaku masyarakat> Timur yang mengenal erti malu, sopan-santun dan lemah lembut.> > > EL AMERN MDS,> > Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma),> > Melaka.
Wednesday, December 26, 2007
KEFAHAMAN TERHADAP DAKWAH ISLAMIYYAH(Dari Madrasah Al-Imam Asy-Syahid Hassan Al Banna) Kalau kita perhatikan lebih jauh, dakwah Islam hari ini memiliki beberapapermasalahan yang tidak dapat kita ingkari. Yang sangat nyata adalah masalahperselisihan di antara kelompok-kelompok dakwah. Seandainya permasalahan inidibiarkan berlarut-larut maka akan merugilah ummat Islam. Bila kita telusurilebih jauh, bebarapa pertanyaan mungkin akan muncul: adakah jalan yang jelas kearah mencapai tujuan? Apakah dakwah Islamiyah ini akan mampu bertahan danmenghadapi berbagai tantangan dan penyelewengan yang telah dan akan terjadi? APA TITIK TOLAK DAKWAH? Kita memulai dengan menanyakan satu pertanyaan yang amat mendasar: Apakah titik tolak dakwah itu? Seringkali kelalaian kita di dalam meresapkan arti titik tolak dakwah ke dalam hati membawa kebinasaan terhadap dakwah. Banyak kejadian dimana kefahaman terhadap titik awal dakwah telah pupus menyebabkan pupusnya pula makna dakwah. Dan ini sering memberikan kesan negatif kepada du'at maupun dakwah itu sendiri.Dakwah seharusnya bermula pada jalan DAKWAH para NABI a.s. Mereka menyeru manusia kepada subul-as-Salam (jalan kebahagiaan), menunjukkan manusia kepada jalan yang lurus (sirat-al-Mustaqim), sehingga manusia menerima seruan Allah dan Rasul-Nya. Dakwah Islamiyah berawal dari hati yang sadar bahwa inilah jalan kita, yaitu untuk menyeru manusia kepada Allah sehingga mereka mengikuti jejak langkah Rasulullah SAW.Yang menjadi pemisah antara dakwah Islamiyah dengan jalan lain adalah petunjuk Allah yang disampaikan melalui wahyu dan jalan (contoh) yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Musuh kita yang sebenarnya adalah syaithan dan konco-konconya yang menjelma melalui al-hawa' (hawa nafsu) yang ada di dalam diri kita serta yang lebih nyata lagi adalah dalam bentuk jahiliyah yang zahir. Jahiliyah yang sekecil-kecilnya dari dosa-dosa yang berupa keingkaran hingga kepada al-kabair (dosa-dosa besar), bid'ah-bid'ah yang menyesatkan, nifaq (kemunafikan), serta kekufuran kepada Allah. Jahiliyah inilah yang seterusnya lahir dan menjelma di dalam bentuk keingkaran kepada Allah baik di dalambentuk undang-undang, negara, masyarakat, dan segala bentuk sistem yang bukan berasaskan Islam.Dakwah bukanlah semata-mata penentangan terhadap satu golongan, atau parti, ataupun individu, dsb. Namun merupakan pertarungan yang telah lama ada, yaitu semenjak penciptaan Adam a.s. dan keengganan Iblis untuk mematuhi perintah Allah agar sujud kepada Adam. Pertarungan di dalam dakwah adalah pertarungan antara yang haq dengan yang bathil. Inilah pertarungan para Anbiya a.s. semenjak nabi Adam hingga Rasulullah saw. Inilah dia hakikat dawah yang perlu kita dukung
Sunday, December 23, 2007
Subscribe to:
Posts (Atom)